Tuesday, July 22nd, 2008
at 10:46pm
Malam kelmarin, aku sempat tonton filem bertajuk ‘Eternal Sunshine of the Spotless Mind‘ yang hero’nya adalah Jim Carrey & heroin’nya adalah Kate Winslet (Titanic!).
Filem ini lahir pada tahun 2004 dan aku hanya menontonnya 4 tahun kemudian dengan tambahan beberapa hari selepas aku selesai muat turun kerana filem ini sangat slow & komplikated. Tajuknya sendiri aku susah mahu faham pada mulanya.
Aku bukan mahu review filem (tunggu aku tonton The Dark Knight untuk itu), cuma aku tertarik dengan idea atau teknologi pemetaan memori yang menjadi tulang belakang filem ini — kemampuan Dr. Howard Mierzwiak & pasukan perubatan khas beliau untuk memadam memori seseorang jika di’minta.
Bukan semua’nya. Pemadaman memori dalam filem ini akan berlaku ke atas memori terhadap satu-satu individu yang kita kehendaki. Katakan Saiful Bukhari mahu melupakan Anwar Ibrahim, beliau boleh berjumpa dengan Dr. Howard Mierzwiak dan meminta semua memori bersama Anwar Ibrahim di’padamkan. Bagi aku itu kool!
Dalam hidup semua orang, aku pasti akan ada seorang (at least) yang kau mahu lupakan terus dari hidup kau & kau sentiasa berdoa supaya dahulu kau tidak berjumpa dengan orang itu. Jika benar wujud teknologi ini & di’beri peluang untuk aku cuba, aku akan cuba.
Siapa sudah tonton The Dark Knight? Aku baru sahaja habiskan Batman Begins. Merancang ke panggung seminggu lagi untuk Heath Ledger.
Saturday, July 19th, 2008
at 12:31pm
Maxis Communication Berhad (Maxis) hari ini mengumumkan yang mereka akan berusaha untuk menjadi syarikat yang bertanggungjawab membawa iPhone versi 3G ke Malaysia. Berita baik untuk mereka yang mengidamkan iPhone tetapi terpaksa membeli versi unlocked sebelum ini.
Maxis juga merancang untuk menjual iPhone dengan harga yang cukup kompetitif — bawah RM1,000.
Akan aku beli? Ya! atau mungkin tidak. Jika iPhone yang Maxis bawa ini benar bawah RM1,000 dan kontrak serta yuran bulanan yang tidak membebankan, ada kemungkinan besar aku akan rembat satu. Sekarang ini, jika mahu membeli iPhone versi 3G yang tanpa warranty (setelah di’unlocked), aku kena lubangkan poket sekurang-kurangnya RM3,000+.
Maxis, bawa iPhone masuk ke’sini & biar orang Malaysia juga kelihatan kool. Dan, jangan cekik pengguna dengan caj data plan yang tidak munasabah nanti. Berikan kami subsidi untuk kelihatan kool.
Jika iPhone masuk dengan rasmi, kau mahu beli satu? Hadiah untuk aku mungkin? Ha ha!
Friday, July 18th, 2008
at 8:49pm
Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat dan segala urusan mahsul pemindahan data untuk Mohd Ismail dot Net telah selesai. Domain yang pada mula’nya seakan-akan agak sukar untuk host lama tukar DNS’nya, hari ini aku rasa semua boleh layari blog ini dengan URL biasa.
Theme baru (lagi!). Kali ini aku menggunakan theme yang agak penuh tetapi ringkas hadiah dari Chris Pirillo. Di’atas sana ada update terbaru aku di’Twitter dan kalian boleh follow aku di twitter.com/mohdismail. Kita berada di zaman web 2.0, yeah! (uwekk..).
Hosting kali ini di’bekalkan oleh Fivio. Lebih cepat loading ‘kan? Terima kasih kepada mereka di’sana yang bertungkus-lumus membuat pemindahan data, terutamanya Saudara Fadhlullah. Jika anda masih mencari hosting untuk blog, aku sarankan Fivio (milik Bumiputera).
Masalah spam telah selesai dengan hosting baru, maka anda boleh komen dengan riang ria tanpa apa-apa tapisan. Theme ini juga sebenarnya memerlukan PHP5 untuk run dengan elok molek. Wordpress theme sekarang ini pun sudah advance.
Esok hari Sabtu, selamat berhujung minggu kawan-kawan. Siapa pakai 3G untuk melayari internet, angkat tangan!
Wednesday, July 16th, 2008
at 5:44pm
Hari ini, kerajaan negeri Kedah menamakan semula Langkawi sebagai Langkawi Permata Kedah sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah. Apa perlunya & signifikan dengan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah?
Aku sukakan Pulau Langkawi walaupun seumur hidup aku baru dua kali aku ke’sana. Jika di’beri pilihan untuk hidup di kepulauan, aku akan pilih Pulau Langkawi. Penukaran nama Pulau Langkawi kepada nama yang lebih panjang tidak akan membawa apa-apa faedah.
Aku membantah penamaan ini bukan kerana kerajaan sekarang adalah pembangkang, tetapi kerana nama Langkawi itu sendiri.
Selepas ini, Le Tour de Langkawi akan di’panggil Le Tour de Langkawi Permata Kedah. Ironman Langkawi akan menjadi Ironman Langkawi Permata Kedah. Sangat tidak kool!
Walaupun aku bukan anak kelahiran Kedah, penamaan semula Langkawi dari pandangan aku adalah karut. Jangan harap aku akan gunakan nama Langkawi Permata Kedah. Langkawi tetap Langkawi.
Tuesday, July 15th, 2008
at 2:53pm
Hari ini aku baca Utusan Malaysia dan pertama kalinya dalam hidup aku, aku concern akan apa yang di’peroleh oleh syarikat petroleum gergasi Malaysia ini. Hari ini, keluar laporan kewangan Petronas yang berakhir 31 Mac 2008.
Aku bukanlah tahu luar dalam sistem kewangan Petronas, tetapi apa yang di’laporkan akhbar buat aku terfikir sejenak tentang keuntungan Petronas & kaitan’nya dengan subsidi minyak yang di’berikan kerajaan kepada rakyat’nya.
Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008. [link]
Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar RM67.6 bilion dalam bentuk tunai kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008. [link]
Adakah ini bermakna Petronas tidak sesen pun menyimpan keuntungan yang mereka perolehi? Malah, mengeluarkan RM6 billion lebih sebagai dividen khas kepada kerajaan. Syarikat apa yang beri untung 100% kepada pihak lain? Oh, Petronas!
Aku tahu Petronas adalah milik kerajaan, tetapi figure yang di’keluarkan akhbar menunjukkan seolah-olah Petronas sebuah syarikat yang tidak menguntungkan pelabur. Atau, memang tiada pelabur asing dalam Petronas. Beritahu aku, aku tidak tahu.
Jumlah subsidi bahan api termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan separuh tahun ini bernilai RM10.25 bilion. [link]
Berkaitan subsidi, RM10.25 bilion memang jumlah yang besar. Jika project ke setahun (ambil 2.5 kali faktor), nilai setahun adalah RM25.625 bilion. Sebahagian (besar mungkin) subsidi ini akan pergi ke Petronas, dan akan kembali kepada kerajaan, kan? Jika mengambil keadaan Petronas memberi 100% keuntungan mereka kepada kerajaan.
Jadi, dimanakah letaknya satu keadaan yang memaksa Petronas menjual harga minyak mengikut pasaran semasa? Jika minyak petrol di’jual dengan harga subsidi seperti sebelum ini, keuntungan Petronas mungkin kurang, tetapi duit itu tidak akan melalui kerajaan untuk sampai kembali kepada rakyat.