
14 Ogos
Ya. Selamat hari lahir yang ke 25 untuk aku. Aku idamkan Audi R8.
Ramadhan
Untuk mereka yang peduli, selamat berpuasa. Jangan berbuka bagai singa puaskan nafsu serakah. Esok masih ada.
Televisyen
Bila hari ini ada seseorang bertanya samada aku sedang menonton siaran televisyen kerana ingin kongsikan sesuatu, aku mula sedar televisyen sebenarnya sesuatu yang asing buat aku.
Aku sebenarnya lupa bila kali terakhir atau hari terakhir aku habiskan kebanyakkan masa aku di’hadapan televisyen.
Kecil dahulu, boleh di’katakan aku mampu untuk menghafal jadual siaran mana-mana stesen televisyen. Majoriti dari kita semua mampu kerana bilangan stesen yang tidak seberapa banyak.
Dewasa ini, tiada satu pun rancangan TV yang boleh tarik aku untuk duduk tanpa berbuat apa-apa lebih 60 minit di’hadapan televisyen.
60 minit. Aku boleh habiskan lebih 60 muka buku karangan Richard Dawkins.
Atau tidur.
iPhone-less
Hari ini genap dua minggu aku hidup tanpa iPhone. Kesimpulan’nya, susah nak mati.
Perkara nombor satu yang paling ralat adalah senarai contact & nota pendek yang aku sumbat semuanya dalam telefon tersebut.
Hari ini juga aku berani cakap, jika anda pernah gunakan iPhone untuk tempoh 6 hinga 12 bulan, kebarangkalian untuk anda inginkan telefon bimbit lain sangat tipis.
7 June ini Apple, Inc. akan anjurkan WWDC 2010 yang mana ramai pakar jangkakan akan ada pengumuman untuk iPhone generasi ke-4.
Oh yeah!
Sekecil Kecil Perkara
Kebanyakkan hari bekerja aku adalah empat hari bekerja & empat hari berehat sepertimana yang di’tetapkan syarikat.
Dalam empat hari bekerja tersebut, dua hari adalah 12 jam siang & dua hari lagi adalah 12 jam malam. Mengikut kitaran 0700-1900hrs dan sebaliknya.
Sejak beberapa minggu yang lepas, aku cenderung untuk bertukar dari shift malam ke shift siang dek kerana satu perkara.
Jika empat hari bekerja itu aku di’perlukan dalam shift siang, maka aku akan bangun seawal pagi dengan deretan beberapa alarm dari telefon & jam loceng. Selang 30 minit bermula 5 pagi.
Pada hari kelima, yakni hari pertama berehat, selalu setting alarm ini menjadi perkara kecil yang menyeronokkan.
Setiap kali telefon atau jam loceng berbunyi pada pagi tersebut, aku bangun hanya untuk mematikan & tidur semula.
« Older |


